Monday 15 October 2012

Pencapaian Umat Islam Dalam Sains Teknologi

PENDAHULUAN

Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya. manakala teknologi adalah ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan.


Menurut Everett Mendelsohn,


“Sains ialah kegiatan saling bertindak manusia. Oleh itu ia adalah suatu aktiviti sosial. Pengetahuannya,kenyataanya, disuburkan dan dikongsi dikalangan kelompok manusia. Oleh itu, pada dasarnyapengetahuan saintifik adalah pengetahuan sosial. Sebagai aktiviti sosial, nyata sekali bahawa sains adalah hasil sejarah dan proses yang terjadi menurut masa dan tempat yang melibatkan manusia sebagai pelakon. Para pelakon ini bukan sahaja berperanan dalam sains tetapi dalam masyarakat yang lebih luas,di mana mereka adalah sebahagian daripadanya.”


Sejarah dan perkembangan sains dalam Islam sebenarnya orang Islamlah yang memberi sains sebagai bentuk yang boleh dikenali. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh epistemologi Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun, nilai dan prinsip akhlak memainkan peranan yang penting dalam usaha seseorang Islam itu menuntut ilmu. Tidak terdapat dwikotomi atau konflik antara Islam dan sains, tidak ada persamaan dalam sejarah Islam berhubung dengan perseteruan antara agama kristian yang telah diinstitusikan dengan sains. Islam seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W menekankan penuntutan ilmu. Islam adalah satu sistem yang penuh. Ia adalah satu agama, kebudayaan dan tamadun sekaligus.

Sebagai satu sistem yang holistik ia menyentuh segenap kegiatan manusia. Etika dan nilai Islam meresap dalam semua kegiatan manusia. Oleh sebab itu Islam mempunyai perspektif yang tetap dari sudut falsafah,sosiologi dan metodologi tentang sains dan teknologi.

ZAMAN KEEMASAN

Kebangkitan bersejarah sains dan teknologi ketika zaman keemasan Islam bermula semenjak era Khulafa ar-Rashidin iaitu semenjak zaman Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Ia kemudiannya diteruskan semasa pemerintahan Abassiah yang pertama iaitu pada kurun ke-18. Khalifah seperti Al-Mansor, Ar-Rashid dan Al-Mamun memainkan peranan utama dalam menggalakkan penyelidikan sains dengan menyediakan segala kemudahan. Ini telah membantu dalam penciptaanradispengajian sains. Perkara pertama yang dilakukan oleh orang Islam ialah mempelajari segala perkara yang diketahui oleh manusia sebelum mereka. Mereka mengumpul buku-buku Yunani, Parsi dan China. Selepas fasa pertama yang memakan masa selam lima puluh tahun, mereka mula mengorak langkah era seribu tahun mereka sendiri. Mereka membetulkan pemerhatian zaman lepas dan mengorak bidang-bidang sains yang baru. Dalam proses yang sangat penting ini, orang Islam telah mengelakkan diri dari terjerumus dalam dua perangkap besar yang boleh membawa mereka ke arah mengasimilasikan kebudayaan lain dengan sepenuhnya. Pertama,mereka tetap berada di atas garis panduan Islam. Mereka memberi tumpuan terhadap fakta dan mengabaikan andaian-andaian, mereka mengumpulkan karya-karya perubatan,matematik,astronomi dan geografi, tetapi menjauhkan diri daripada sihir dan mitologi. Kedua, mereka mahu bahasa Arab dijadikan bahasa sejagat, mereka menterjemahkan segala ilmu pengetahuan ke dalam bahasa Arab dan membangunkan bahasa itu menjadi bahasa pengantar yang berkesan cekap dan mujarab untuk perhubungan saintifik di kalangan semua orang didunia.Pada masa


inilah universiti dan makmal penyelidikan berkembang pesat di semua bandar utama dunia Islam, merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah. Hospital dan farmasi menjadi sesuatu yang lazim walaupun di pekan-pekan kecil dan kerajaan berlumba – lumba menggalakkan usaha ini. Hasilnya, muncul teknologi baru termasuk sumber elektrik, tinggalan –tinggalan yang dikenalpasti sebagai bateri telah digali dan dipamerkan di Muzium Baghdad.


CIRI-CIRI ZAMAN KEEMASAN

Ciri-ciri utama zaman keemasan ialah:


1)kesejagatan

2)toleran
3)pasaran berciri antarabangsa
4)hormatkepadasainsdanahlisains.
5)sifat Islam tentang kedua-dua cara dan matlamat sains.

CABANG-CABANG ILMU SAINS ISLAM

i) Matematik


Boleh dikatakan hampir semua cabang matematik moden dapat dikesan kepada usaha-usaha ahli sains Islam. Ini termasuk asas dan istilahnya yang diambil secara langsung daripada bahasa Arab atau diterjemahkan secara hurufiah daripada perkataan –perkataan yang dicipta oleh pakar-pakar Islam. Orang Islam di zaman permulaan menggunakan huruf abjad Arab sebagai angka tetapi semenjak kurun kesembilan orang Islam sebelah Barat mencipta al-arqam al-gharibiyah daripada huruf –huruf sanskrit kuno. Satu daripada karya terbesar ahli sains Islam ialah sifar(sifr) ditulis 0 bagi barat dan bagi timur. Sifar memungkinkan penulisan ungkapan-ungkapan mudah bagi nombor nilai yang infinit banyaknya, apabila digabungkan dengan sembilan angka asas. Orang Islam meneruskan pembinaan model matematik mereka yang baru dengan memperkenalkan sistem perpuluhan iaitu satu idea yang bijak. Dalam sistem ini nombor dinyatakan dengan menggunakan sepuluh simbol dimana setiap simbol diberi nilai tempat dan juga nilai mutlak.


Bagi pendaraban(darb),mereka menggunakan kaedah kekisian, bagi hasil bahagi(kasr) mulanya mereka menggunakan kaedah mencuba yang diganti dengan cepatnya oleh apa yang disebut kaedah mencakar dan ini diikuti pula dengan kira bahagi panjang. Untuk mewakili pecahan, orang Islam memperkenalkan garis pemisah dan ungkapan berbentuk perpuluhan( misalnya ½ dan 0. 5). Mereka juga melahirkan nombor-nombor genap,ganjil dan emicable( jumlah faktor bagi suatu nombor sama denagan jumlah faktor bagi suatu nombor lain).


Algebra(al-jabr) adalah ciptaan seorang genius, Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi(750 – 850) dari Khawarizmi, iaitu berhampiran Laut Aral di Asia Tengah. Daripada namnya terbit perkataan ‘al-gorithm’ yang digunakan hari ini dalam analisis nombor dan ketokohannya dianggap oleh sarjana barat sebagai setanding dengan Euclid: ‘seorang ahli matematik yang unggul disepanjang zaman dan memiliki kepribadian seorang genius sains yang kukuh. Dia menterjemahkan beberapa perkataan Yunani dan dalam karyanya sendiri yang masyhur Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.


Seorang arab dari Kufah, Abu Yusuf Ya’aqub Ibn Ishaq Al-Kindi(801-70). Meletakkan asa aritmetik moden. Dia menulis pendahuluan kepada aritmetik, lapan menuskrip berkenaan teori nombor dan berkenaan pengukuran kadar dan masa. Al-Kindi juga adalah orang yang pertama memajukan geometri sfera yang digunakannya dalam kajian ilmu falak. Dia menulis sebuah buku berkenaan sfera, sebuah lagi berkenaan azimut di sfera dan yang ketiga berkenaan bagaimana meratakan sebuah sfera.


Thabit Ibn Qurrah(835-900), berbang Syria dari Harran( di tenggara Turki) adalah pengkritik matematik Yunani yang utama. Beliau menterjemahkan dan menghuraikan karya-karya Euclid, karya Achimedes berkenaan heptagon sekata, tujuh daripada lapan buah buku Appolonius bersabit keratan kon dan postulat-postulat Ptolemy dan Eutocius(juru ukur dari Alexandria dalam kurun keenam).


Ibnu Qurrah menulis berkenaan teori nombor, termasuk nombor-nombor tak nisbah dan emicable.

Muhammad Ibnu Jabir Al-Batani( 850-929) ahli sains dari harran dengan sistematiknya membina trigonometri( muthallathat) dan melanjutkannya kepada trigonometri sfera. Dia mula-mula sekali menyediakan jadual sinus, tangen dan kotangen yang lengkap dengan kejituan yang sungguh tinggi. Dia memperkenalkan idea nisbah trigonometri dan dengan demikian mencipta perkaitan trigonometri yang asas. Dia menggunakan sinus dalam kajian ilmu falaknya, menyedari kelebihannya berbanding perentas Yunani. Al –Battani menghasilkan perkaitan diantara sisi dan segitiga bagi segitiga sfera yang seragam dan umum dengan menggunakan olahan algebra ke atas identiti trigonometri.

Abu al-Wafa Muhammad Ibnu Muhammad al – Buzjani, berbangsa Parsi dari Afghanistan ialah ahli matematik paling unggul kurun kesepuluh. Dia melengkapkan karya al-Khawarizmi( menghubungkan algebra dan geometri dengan menyelesaikan persamaan darjah tinggi. Dia menghasilkan keratan yang meluas berkenaan keratan kon, mengira isipadu jasad yang dijanakan melalui pegisaran rentasan kon di sekitar paksinya sehingga hampir mencapai prinsip pengamilan.


Ahli sains matematik lain yang turut memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu pengetahuan ialah seperti Ibnu al –Haytham(965-1039),


Abu al – Jud,Umar al-Khayyam( 1045-1121),Giyath al-Din Jamsid Ibnu Masud Al-Kasi(1424) yang menghasilkan miftah Al-Hisab.Ahli – ahli sains matematik lain yang turut memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu pengetahuan ialah seperti Ibnu al –Haytham(965-1039),

Abu al – Jud,Umar al-Khayyam( 1045-1121),Giyath al-Din Jamsid Ibnu Masud Al-Kasi(1424) yang menghasilkan miftah Al-Hisab.


ii) Fizik



Karya yang paling mustahak bagi ahli fizik Baghdad kurun ke-9 iaitu, Musa Ibn Salur dan puter-puteranya Muhammad, Ahmad dan Hassan ialah Kitab Al-Hayal, ia menerangkan undang-undang mekanik dan masalah kestabilan. Ahli Matematik iaitu al-Kindi(801-70) merupakan perintis dalam bidang optik bersabit dengan pantulan cahaya. Beliau juga adalah orang pertama yang mengembangkan teori bunyi-bunyi muzik.

Satu lagi sumbangan penting dalam fizik ialah Risalah al-Khala’, hasil karya seorang ahli falsafah Turki bernama Abu Nasr Al-Farabi(872-950). Beliau menerangkan ujikaji untuk membuktikan kewujudan vakum. Al-Farabi juga mengkaji bunyi-bunyi muzik dalam bentuk gelombang. Abu Sa’ad Abd Al-Rahman Ibn Yunus( M. 1009) mencipta pendulum( deduce) cara ia beroperasi dan menggunakannya untuk menyukat masa lebih awal lagi sebelum era Galileo.


Ibn al-Haytham( 965-1039) yang berasal dari Basrah adalah bapa optik moden. Dalam bukunya Kitab al-Manazir, beliau membuktikan hukum pembiasan cahaya yang mana kredit telah diberi berkurun kemudian kepada Snell dan Royen. Beliau menghasilkan jadual sudut datang dan pembiasan bagi cahaya melintasi permukaan 2 medium yang berbeza.



iii) Astronomi


Terjemahan karya-karya astronomi kuno di semenanjung Arab bermula pada masa pemerintahan Umayyah dan diteruskan di bawah pemerintahan Abassiah yang pertama. Ibrahim Ibn Habib Al-Fazari(M. 777) menterjemahkan banyak buku dari
India, tetapi dia adalah juga ahli sains Islam yang memulakan kajian asli dalam astronomi. Dia mencipta astrolabe dan meramalkan gerhana bulan dan matahari. Dia mengkaji tahun lunar,pergerakkan bintang dan waktu sembahyang.

Al-Khawarizmi telah dilantik sebagai ahli falak istana oleh Al-Ma’mun. Dia adalah orang yang mula-mula sekali membina jadual astronomi,mengira pergerakkan planet, kecondongan gerhana dan ukuran geodesik yang lembut.


iv) Kimia

Penyelidikan kimia Yunani telah diserabutkan dengan perdebatan falsafah-falsafah dan tujuan –tujuan mitos seperti batu hikmat yang menukar logam asas kepada emas dan ubat mukjizat bagi kehidupan yang mengizinkan kesihatan dan kebelian berkekalan. Orang Islamlah yang mula-mula sekali meneroka percubaan( ujikaji) dalam analisis saintifik kepada kedudukannya yang sewajarnya dalam sains. Merekalah yang mula-mula sekali menyiasat berbagai-bagai nilai teori kimia melalui percubaan. Dalam proses ini mereka menemui banyak hasil baru yang mana nama-nama dalam bahasa eropahnya masih berbau Arab seperti :


Chemistry – al-kimiya

Alambic-al-alambiq
Alkohol-al-kuhul
Alkaline-al-qalanis
v) Perubatan

Hospital Islam yang pertama dibina semasa hayat Nabi di Madinah meliputi hospital tentera Islam di medan pertempuran. Dengan berkembangnya Negara Islam, hospital-hospital umum didirikan di setiap bandar. Institusi kepakaran yang pertama iaitu sebuah pusat kusta dibina oleh Khalifah Al-Walid dari pemerintahan Umayyah di Damsyik pada tahun 707.Pemerintahan Umayyah juga mendirikan hospital-hospital tentera,hospital bergerak dan institusi kepakaran dalam penyakit –penyakit mental.

Pada pemerintahan Abbassiah pada kurun kesembilan iaitu, pemerintahan Al-Makmun, farmasi-farmasi bertambah tersusun di bawah kawalan Negara. Setiap bandar mempunyai ketua ahli farmasi rasmi
vi) Geografi
Orang Islam memajukan jarum magnetik bagi kegunaan dalam pelayaran dan mencipta kompas morinar serta astrolabe. Mereka meneroka jalan-jalan baru didaratan dan lautanbagi menghubungkan Asia, Afrika dan Eropah disamping membuka pelabuhan-pelabuhan dan rangkaian stesen-stesen darat. Mereka membian kapal dikilang yang mereka namakan dar al-sinaah( arsenal) dan setiap kapal mempunyai amir al-bahr(admiral) sebagai ketua. Orang Islam menggunakan cara baru untuk menentukan perjalanan mereka dengan menggunakan bintang dan memetakan jalan laut. Mereka menetapkan jalan meridian bagi longitud dan latitud-latitud selari. Dengan itu mereka mencipta kartografi sfera.

                                                                     ULASAN

Tidak diragui lagi bahawa ahli sains Islam banyak mempelopori bidang – bidang sains dan teknologi dan ia kekal hingga kehari ini. Mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan material yang bergerak seiring denganpembangunan nilai yang selaras dengan kehendak Islam telah berjaya membawa manusia kearah kesejahteraan hidup dan kebahagiaan akhirat. Mutakhir ini kita dapat melihat dengan jelas ketidakseimbangan yang berlaku dan bagaimana manusia hidup dengan sifat dengki, menindas, ganas, rakus dan tidak berperikemanusiaan.


Sebagai satu agama yang hadir dengan matlamat membawa manusia kearah kebaikan dan diredhai Allah S.W.T maka dunia Islam perlu mencipta semula ciri zaman Keemasan yang merangkumi kesejagatan, toleran, hormat kepada sains dan ahli sains, kesatuan matlamat dan cara sains dan iklim yang tidak membataskan pergerakkan –pergerakan ahli sains, teknologi dan hasil mereka dikalangan Ummah secara bebas.Sabda Rasullullah:“Hari-hari kebelakangan Ummah ini akan dapat akan dapat diperbaiki cuma dengan apa yang diperbaikinya pada hari permulaannya”