Pada abad ke-8 hingga abad ke-12 M, umat Islam berada pada zaman
kejayaannya, zaman dimana sains, teknologi dan peradaban Islam
berkembang pesat mencapai puncaknya. Pada saat itu umat Islam menjadi
pemimpin dunia karena pergumulannya dengan ilmu dan filsafat yang mereka
tekuni, terutama ilmu-ilmu murni (natural sciences). Pada masa
ini muncul tokoh-tokoh dan ilmuwan yang sangat aktif dan handal, sebut
saja misalnya: Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Al-Razi, Al-Farabi, Ibnu Sina,
Al-Biruni, Al-Ghazali, dan lain-lainnya. Para ilmuwan tersebut oleh
Sayyed Hossein Nasr (1970) disebut sebagai figur-figur universal ilmu
pengetahuan Islam.
Pada abad ke 14 M, diawali oleh lepasnya ilmu-ilmu alam (matematika,
fisika, biologi)yang dimotori oleh Copernicus (1473-1543), Versalinus
(1514-1564) dan Issac Newton (1642-1727) ilmu pengetahuan mulai
tercerabut dari akar filosofisnya. Khususnya perkembangan ini semakin
mencapai bentuknya secara definitif saat Aguguste Comte (1798-1857)
dengan grand theory-nya menetapkan bahwa perkembangan berfikir
manusia dan masyarakat akan mencapai puncaknya pada tahap positif,
setelah melampaui tahap teologik dan metafisik.
Perkembangan ilmu pengetahuan (sains) di akhir abad ke-16 telah
menciptakan persepsi masyarakat Barat berbeda dari masa-masa
perintisannya di Yunani. Sebab, jika sains tidak lain adalah “anak
kandung” filsafat, maka tradisi ilmiah dalam kehidupan masyarakat Barat
modern tidak lainmerupakan kelanjutan dari perjalanan panjang tradisi
Yunani Kuno.
Sampai memasuki abad ke 20 M, “revolusi” sains dan teknologi di Barat
masih terus berlangsung, berbagai penemuan telah merombak teori-teori
yang sudah mapan sebelumnya. Etos dan cara pandang Barat modern telah
menumbuhkan optimisme terhadap sains dan teknologi dalam meningkatkan
fasilitas hidup, namun juga pesimisme terhadap dampak negatif yang
ditimbulkannya juga semakin nyata. Pesimisme itu bukan saja telah
menghantui para konsumen beserta lingkungannya, tetapi terutama kepada
masyarakat Barat sendiri sebagai produsen utamanya.
Namun pada akhir abad ke -20 M, etos keilmuan dengan cara pandang
seperti itu mulai diharapkan pada kecenderungan baru yang lebih
memperhatikan dunia spiritual (moral, etika, dan peradaban). Dan melalui
argumen-argumen filosofis dan penemuan mutakhir tentang sains dan
teknologi, berfikir dikotomis tentang moral (agama) dan sains (termasuk
teknologi) memang sudah saatnya dikoreksi kembali.
Sejak masuknya teknologi Barat ke Dunia Ketiga bersama-sama slogan
saintifik yang dibawanya, masyarakat Dunia Ketiga yang sekian lama
terjajah itu mula mendapat satu formula ajaib yang dianggap dapat
membebaskan diri mereka daripada belenggu penjajahan yang sebenarnya.
Kebebasan ini dianggap sebagai satu kebebasan yang mutlak dan sangat
perlu walaupun terpaksa mengorbankan begitu banyak sumber asli yang
sekian lama terpendam dalam perut bumi negara masing-masing. Walaupun
harga yang perlu dibayar bagi mendapatkan hasil teknologi ini begitu
tinggi namun mereka menganggapnya satu kemestian yang tidak dapat
dikesampingkan. Umumnya Dunia Ketiga mendapat hasil teknologi tersebut
untuk kemudahan pengangkutan, ketenteraan, kejuruteraan, pembangunan dan
sebagainya, namun mereka tidak mendapat ilmu yang sangat diperlukan
untuk ‘maju’ dan ‘membangun’ itu. Mereka hidup seperti kanak-kanak yang
hanya menggunakan permainan dan tidak tahu asal-usul kemunculan
barang-barang permainan itu. Nasib mereka, walau bagaimanapun, lebih
baik daripada kanak-kanak karena mereka dapat menukar barang-barang yang
diperlukan dengan hasil bumi yang terdapat di negara masing-masing.
Dunia Ketiga merupakan medan sejarah pembangunan dan penjajahan kuasa
Barat. Dari satu segi, pemerintahan Dunia Ketiga tidak pernah bebas
dari campur tangan kuasa-kuasa Barat. Hampir kebanyakan bumi Dunia
Ketiga menerima dampak Peperangan Dunia I dan II; dampak yang tidak
diminta atau diingini oleh dunia ketiga sendiri. Kedua peperangan ini
meninggalkan dampak zahir dan batin ke atas diri Dunia Ketiga umumnya.
Kecuali kenaikan harga getah, peperangan tersebut meninggalkan dampak
ekonomi yang buruk ke atas kebanyakan negara Dunia Ketiga dan secara
tidak langsung berkaitan dengan dampak psikologi yang terus melukakan
fikiran dan sekaligus menguasai pandangan serta pendapat kebanyakan
manusia yang tinggal dalam Dunia Ketiga. Dampak di dalam bentuk lanjutan
daripada penjajahan menyuburkan dampak psikologi masyarakat Dunia
Ketiga.
Dalam situasi begini negara-negara Islam dihimpit dengan
sekuat-kuatnya untuk berubah dan maju supaya dapat mengikut arus
pengaliran masa dan kehendak antarabangsa yang telah dijalin dan
diwarnai dengan kemahuan prinsip, pandangan hidup dan mahukan hasil yang
sedia disuratkan oleh kuasa-kuasa besar itu.
Di antara kemenangan psikologi akibat sejarah kebangkitan teknologi
dan sains, juga akibat peperangan bahwa sains dan teknologi memudahkan
kehidupan manusia, muncul komplot memperalatkan sains dan teknologi
untuk mendapatkan keuntungan besar. Secara mudah dapat dikatakan bahawa
ekonomi dan menguasai sains dan teknologi semua pilihan pembangunannya.
Pernytaaan ini yang jarang disadari oleh masyarakat umum dan sebahagian
daripada golongan intelek Dunia Ketiga, menjelaskan mengapa sains dan
teknologi secara psikologi terus-menerus dianggap satu hakikat mutlak
yang sekaligus merupakan hakikat kenbenaran dan juga hakikat kenyataan.
Pola penerimaan sains dan teknologi tanpa penilaian serta penapisan
yang wajar dapat dilihat dalam ‘desakan’ mengikuti aliran sains di
sekolah-sekolah di negara-negara Islam pada tahun enam puluhan dan tujuh
puluhan. Kebanyakan murid yang dianggap cerdik dinasihatkan seberapa
yang boleh mengikuti aliran sains. Di samping lain-lain dampak yang
diterima dan ditanggung oleh kanak-kanak tersebut, universiti-universiti
di seluruh negara Islam dibanjiri oleh penuntut-penuntut aliran sains
yang umumnya mempercayai bahawa mereka telah dialirkan ke dalam jurusan
yang mulia, kukuh benar dan membanggakan. Pelajar-pelajar aliran sastera
dibiarkan ‘terbeku’ dengan kursus-kursus yang lapuk, dan sekadar
mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja umum pentadbiran manakala
pelajar-pelajar aliran sains hanya didedahkan kepada prinsip-prinsip
sains seperti amalan negara maju tanpa mengetahui falsafah dan had
batasan akan apa yang mereka pelajari itu. Akirnya negara-negara Islam
dibanjiri ahli-ahli sains yang mngajar bidang fisika, kimia, biologit
dan matematika, sedangkan tidak terdapat ahli akademik yang mencukupi
untuk mengajar falsafah sains, falsafah Barat, falsafah umum dan juga
falsafah Islam atau falsafah agama iaitu bidang yang dapat memberi
imbanagan di dalam desakan pemujaan terhadap sains dan teknologi.
Selain daripada percobaan yang dibuat oleh Jamaluddin al-Afghani,
Muhammad Abduh, Rashid Redha, Muhammad Iqbal dan Sayyid Ahmad Khan,
(semua tokoh ini pernah dikritik oleh Maryam Jameelah. Rujuk bukunya
Islam and Modernism dan Islam and Orientalism dan lain-lain. – pent.)
boleh dikatakan gerakan menghidupkan kembali sains Islam hampir-hampir
sepi hingga saat ini. Mereka umumnya masih terikat kepada rangka
pemikiran yang disedut falsafah sains barat. Ketajaman Syed Qutb,
al-Bahi dan Mahmud al-Aqqad juga tidak dapat melintasi tembok kokoh
sains dan falsafah Barat.
Pada masa ini banyak pula sarjana Islam membicarakan program bagi
mewujudkan sains Islam yang sebenarnya bukan saja untuk masa ini tetapi
juga untuk masa akan datang. Kebanyakan mereka lebih mementingkan
program tindakan yang aktif walaupun isi kandungan konsep sains dan
teknologi yang ingin diketengahkan belum ada. Di samping menerima bahan
yang ingin dipersembahkan oleh golongan ini, kami ingin menyebut dua
nama utama dalam kesarjanaan Islam masa ini yang memeberikan sumbangan
iaitu Prof. Seyyed Hossein Nasr dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan tokoh ilmuwan mutakhir yang
mengupas semula definisi penting keilmuan Islam berdasarkan metafisik
Sufisme yang tidak dapat tidak berlandaskan al-Qur’an dan Hadith Nabi
(s.a.w.). Beberapa definisi ilmu dan ‘al-mithaq’ atau pensaksian azali
arwah bani Adam dengan Tuhannya telah dibincangkan oleh tokoh ahli Sufi
yang terkenal pada zaman dahulu seperti Junayd alBaghdadi dan Abu Ali
Uthman al-Hujwiri. Apa yang penting dalam penulisan Prof. Naquib ialah
menyusun semula definisi dan rangka konsep yang tersedia ada ke dalam
bentuk yang lebih tersusun dan berkaitan di antara konsep-konsep
tersebut dengan pandangan hidup Islam amnya. Beliau merupakan tokoh yang
awal sekali membedakan prinsip-prinsip dan definisi asas yang
membedakan sekularisme Barat dengan pandangan Islam tentang konsep ilmu
dan cabang-cabang serta kaedah keilmuannya. Beliau juga tokoh awal
sezaman yang membicarakan peranan Islam dalam pembentukan tamadun budaya
bangsa yand didatanginya.
Seyyed Hossein Nasr merupakan tokoh awal menulis tentang falsafah dan
sains Islam dengan memperkenalkan rangka keilmuan, kaedah serta
pandangan hidup. Beliau juga memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam yang
besar seperti Ikwan al-Safa, al-Biruni dan Ibn Sina, Ibn Arabi,
Suhrawardi dan Mulla Sadra kepada dunia akademik Barat dan Timur. Dr.
Nasr telah memperkenalkan mereka menurut tradisi falsafah Islam serta
doktrin ciri dan sifat keilmuan tokoh-tokoh ini. Beliau merupakan tokoh
ilmuwan Islam yang membicarakan secara mendalam tentang ‘ilmu kudus’
yang senantiasa menjadi asas kepada reality manusia secara universal.
Dr. Nasr juga banyak menulis tentang kesenian dan kesasteraan Islam
serta perbandingan agama. Beliau merupakan tokoh awal yang menunjukkan
bahawa tradisi falsafah Islam tidak terhenti pada Ibn Rushd tetapi
bersambung di dunia timur Islam dengan Sayyid Haidar Amuli, Suhrawardi
dan Mulla Sadra. Dalam bidang sains dan falsafah sains beliau
menunjukkan bahawa Islam menerusi tamadunnya melahirkan sainsnya sendiri
yang mempunyai dan sifatnya yang tersendiri dan mampu memasukkan
nilai-nilai serta kaedah yang sesuai dan serasi daripada tamadun lain.
Dr. Nasr melebihi tokoh-tokoh lain dan merupakan sumber rujukan bagi
mereka yang membicarakan sejarah sains Islam. Beliau merupakan tokoh
awal Islam yang mengkritik kemajuan sains Barat yang telah mendatangkan
masalah ekologi, krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan. Semua ini
dilihat daripada sudut pandangan Islam, sufisme dan agama umumnya.
ULASAN
Artikel ini membincangkan pengaliran sains dan perkembangan dari semasa ke semasa berdasarkan pendapat tokoh-tokoh ilmuwan Islam seperti Naquib al-Attas dan sebagainya. Artikel ini menceritakan bagaimana mula perkembangan sains dan teknologi dari abad ke8 hingga dunia ketiga. ini kerana terdapat aliran sains dan teknologi dari barat yang memperngaruhi sains dan teknologi pada Dunia Ketiga.
Dunia Ketiga merupakan medan sejarah pembangunan dan penjajahan kuasa
Barat. Dari satu segi, pemerintahan Dunia Ketiga tidak pernah bebas dari
campur tangan kuasa-kuasa Barat. Hampir kebanyakan bumi Dunia Ketiga
menerima dampak Peperangan Dunia I dan II; dampak yang tidak diminta
atau diingini oleh dunia ketiga sendiri. Kedua peperangan ini
meninggalkan dampak zahir dan batin ke atas diri Dunia Ketiga umumnya.
Kecuali kenaikan harga getah, peperangan tersebut meninggalkan dampak
ekonomi yang buruk ke atas kebanyakan negara Dunia Ketiga dan secara
tidak langsung berkaitan dengan dampak psikologi yang terus melukakan
fikiran dan sekaligus menguasai pandangan serta pendapat kebanyakan
manusia yang tinggal dalam Dunia Ketiga. Dampak di dalam bentuk lanjutan
daripada penjajahan menyuburkan dampak psikologi masyarakat Dunia
Ketiga.
Saturday, 22 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
المسعودي
untuk maklumat lanjut sila tekan di sini
ULASAN
Abu al – Hassan 'Ali b.
Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al
– Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad
Iraq
pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His
World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau
beliau berusia 20 tahun.
Al-Mas’udi terkenal
dengan ketokohan dalam bidang geografi dan dalam ilmu pelayaran. Beliau banyak
menyumbangkan dalam kedua dua aspek ini. Conoh dalam bidang geografi beliau
telah menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikan lebih
menarik seperti membuat gambaran gempa bumi, prairan laut mati dan tajuk-tajuk
geologi lain.
Dalam ilmu pelayaran
juga beliau telah membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada
masa yang sama member sumbangan besar dalam ilmu pelayaran Islam. Al-Mas’udi
membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China,
penemuan sungai pertama dan Bandar lama di persisiran pantai. Jelas menunjukkan
ketokohan beliau dan sumbangan yang beliau berikan terhadap dunia Islam. Beliau
meninggal dunia pada tahun 345H iaitu pada 956M di Mesir.
محمد بن جابر بن سنان البتاني
untuk maklumat lebih lanjut sila tekan di sini
ULASAN
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b.
Jabir b. Sinan Al Harrani. Menurut sumber sejarah beliau dilahirkan pada 858
Masihi di Negeri Harran dan menurut sumber lain tempat kelahirannya adalah di
Battan, salah satu negeri di Harran. Al-Battani mendapat pendidikan awal
daripada bapanya sendiri Jabir Ibn San’an yang juga merupakan seorang Saintis
yang terkenal ketika di zamann Beliau kemudiannya berhijrah ke Raqqa yang
terletak di tebing Sungai Euphrates dan mendapat pendidikan lanjut dan mendapat
kesarjanaan dalam bidang tersebut. Pada abad ke 9, beliau berhijrah pula ke
Samarra dan bekerja di sana sehinggalah ke akhir hayat beliau iaitu pada 929 Masihi.
Pada asalnya beliau ialah seorang Sabian (penyembah Bintang) dan kemudiannya
memeluk agama Islam.
Beliau merupakan seorang ahli
Astronomi, dan bukan itu sahaja bidang beliau. Selain daripada itu beliau juga
merupakan seorang ahli kejuruteraan dan geografi dalam dunia Islam. Antara sumbangan
beliau, beliau telah membina sebuah cerap atau dikenali sebagai balai di
Baghdad dan beliau telah menyediakan satu balai cerap astronomi bagi memudahkan
beliau memulakan gerak kerja.
Beliau merupakan orang pertama
menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan
lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau
telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah
karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri.
Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang
telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan
sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus. Beliau meninggal
dunia di Istana berhampiran Sammara pada 929 Masihi.
واقع المسلمين في العلوم والتكنولوجيا
untuk maklumat lanjut sila tekan di sini
ULASAN
Artikel ini membincangkan tentang
kemajuan teknologi dan sains pada zaman era kemodenan. artikel ini
mempersoalkan di era kemodenan atau sains Barat ini adakah teknologi dan sains
sekarang menyalahi agama Islam, ini kerana dengan teknologi ia boleh terjadinya
menyeleweng contoh dengan teknologi mushkil sekiranya ia boleh merubah ciptaan
Allah.
Yusuf Qardawi menjawab persoalan ini
dengan mengatakan sains merupakan salah satu sains agama kita sedangkan dalam
al-Quran Allah menyatakan tentang sains, dan ia adalah berdasarkan fikiran
manusia. Yusuf Qardawi menyatakan punca berlaku konflik dan penyelewengan
kerana mereka tiada kepercayaan terhadap Allah S.W.T. Menurut beliau setia
kejadian itu ada manfaatnya seperti bintang bintang yang Allah ciptakan ada
manfaatnya, dan tidak salah untuk saintis mengkaji dan ia merupakan satu ilmu
yang bermanfaat.
Sains Islam ialah sains agama dan
sains duniawi, sains Barat adalah sains pemerhatian dan pengalaman yang tidak
berasaskan sains agama. Sains Islam seperti ilmu perubatan, kejuruteraan dan
fizik adalah sains agama yang terkenal yang dikenali oleh tokoh Imam Razi. Al-Khawrizmi
dan selainnya. Oleh itu bagi Yusuf Qardawi ilmu sains dan teknologi merupakan
ilmu yang penting bagi manusia memanfaatkannya.
Imaginasi dan Teknologi Masa Depan
Oleh Mohd Faizal Aziz
Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955) pernah mengungkapkan bahawa 'imaginasi lebih utama berbanding pengetahuan'. Imaginasi atau pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia tanpa melakukan sebarang eksperimen pun di dalam makmal. Sehingga kini idea-idea dan imaginasi Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains teknologi serta kehidupan manusia moden. Teori-teori fizik yang dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ia telah diperkenalkan lebih 100 tahun dahulu oleh Einstein.
Dunia sains dan teknologi kini begitu hangat memperkatakan tentang nanoteknologi. Nanoteknologi merupakan satu bidang yang mengkaji benda yang sangat halus dan tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Nanoteknologi juga adalah satu bidang sains untuk mengkaji perilaku zarah-zarah dan susunan molekul bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia.
Untuk mengkaji dan melakukan eksperimen dalam bidang nanoteknologi, saintis menggunakan mikroskop berkuasa tinggi supaya dapat melihat struktur-struktur kecil sehingga mencapai skala nanometer iaitu satu per bilion meter. Idea nanoteknologi ini muncul apabila seorang saintis fizik di California Institute of Technology, Caltech, Amerika Syarikat, Profesor Richard Feynman (1918-1988 ) berimaginasi untuk melihat mesin-mesin kecil bersaiz nano berfungsi seperti apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada tahun 1959 Beliau membentangkan satu kertas kerja yang berjudul There is Plenty of Room at the Bottom yang mengemukakan idea mengenai nanoteknologi. Pada waktu itu tiada seorang pun yang pernah membayangkan idea seperti beliau. Idea Feynman diteruskan pula oleh seorang lagi saintis iaitu K.Erik Drexler yang menulis sebuah buku penting mengenai gagasan nanoteknologi iaitu Engine of Creation pada tahun 1986 selepas seorang saintis Jepun Norio Taniguchi (1974) mempopularkan istilah nanoteknologi bagi kajian dan proses yang menggunakan alat dengan saiz kurang daripada satu mikrometer iaitu satu persejuta meter.
Pada hari ini, idea dan imaginasi beliau hampir menjadi kenyataan bahkan ada sebilangan besar produk sudah dikategorikan sebagai produk nanoteknologi. Antaranya ialah tiub nano karbon, solar sel nano, tabir matahari (sun screen) , bahan kimia yang digunakan untuk membuat cat yang lebih tahan lama, fabrik pakaian yang boleh mencuci kotoran sendiri (self cleaning fabric) dan sebagainya.
Sekarang kita banyak menggunakan internet. Hampir seluruh manusia di dunia ini menggunakan kemudahan internet pada hari ini. Tidak memiliki sambungan internet dianggap ketinggalan zaman. Tahukah anda bagaimana teknologi internet mula-mula tercipta. Sewaktu Perang Dunia ke-2, saintis komputer membayangkan sekiranya mereka dapat menyambung beberapa komputer yang lain untuk memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Projek menghubungkan rangkaian komputer tersebut adalah untuk kegunaan tentera Amerika yang dikenali dengan istilah ARPANET. Setelah saintis-saintis tersebut berjaya menghubungkan komputer dengan jumlah yang banyak antara satu sama lain, mereka melihat potensi besar yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai melalui penemuan tersebut. Akhirnya projek ARPANET dibubarkan dan rangkaian komputer bertambah dari semasa ke semasa bermula di universiti-universiti di Amerika dan kemudianya merebak ke Eropah seterusnya ke seluruh dunia. Bermula di saat itu ia dikenali dengan istilah INTERNET seperti yang kita nikmati pada hari ini.
Boleh dikatakan setiap orang pada hari ini memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pertama yang dikenali sebagai telefon selular mula digunakan pada tahun 1973 di Manhattan Amerika Syarikat. Ia dibangunkan oleh penyelidik di Motorola yang kemudiannya bergabung dengan rakan seangkatannya di syarikat telekomunikasi terkenal AT&T untuk meningkatkan prestasi telefon selular tersebut. Idea awal ciptaan telefon bimbit ialah untuk memudahkan komunikasi dan bebas bergerak untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Martin Cooper dari Motorola membayangkan bagaimana sekiranya manusia dapat membawa telefon yang ringan ke mana sahaja mereka pergi dan senang dihubungi. Dengan itu terciptalah telefon bimbit.
Pada hari ini telefon bimbit menjadi keperluan yang sangat penting. Fungsi-fungsinya juga bertambah setiap kali diperkenalkan model baru seiring dengan kepantasan perkembangan teknologi. Terbaru pengeluar telefon bimbit tersohor di dunia memperkenalkan konsep baru telefon dan gajet masa depan yang dikenali sebagai morph. Konsep morph untuk keluaran produk gajet digital Nokia masa depan merupakan gabungan seni dan teknologi yang elegan yang menggunakan nanoteknologi sebagai asas pembuatannya. Menurut saintis yang terlibat dalam projek Morph-Nokia ini, suatu hari nanti pengguna berupaya mengubah gajet mereka menjadi bentuk-bentuk yang diminati secara mudah seperti robot-robot dalam filem transformer. Konsep Morph pada telefon bimbit Nokia terbaru menggunakan aplikasi teknologi nano meliputi ciri-ciri kebolehlenturan, elektronik transparen, kemampuan pembersihan sendiri (self cleaning), menggunakan tenaga solar dan antaramukanya (interface) yang canggih. Idea teknologi futuristik ini dikemukakan oleh penyelidik dari Nokia Research Centre dengan kerjasama Cambridge Nanoscience Centre, Universiti Cambridge, United Kingdom.
Banyak lagi contoh-contoh lain kemajuan sains dan teknologi seperti dunia robotik, teknologi satelit, angkasalepas, perubatan, komputer dan sebagainya muncul hasil daripada sains yang diasaskan oleh imaginasi dan wawasan para saintis dan penyelidik yang berfikir jauh ke hadapan. Pemikiran sains masa depan atau futuristik ini merupakan elemen yang sangat penting untuk melahirkan golongan sainis dan pencipta teknologi. Tepatlah seperti ungkapan Einstein ’ imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan’.
ULASAN
Artikel ini membincangkan tentang
tenknologi pada zaman sebelum Islam atau lebih dikenali sebagai zaman Pra
Islam. Ramai yang mengatakan pada zaman sebelum Islam tiada kemajuan tentang
teknologi contoh dilihat dari segi pembinaan pada zaman pra Islam dahulu. Artikel
ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat tidak
benar sama sekali.
Dapat dilihat artikel ini banyak member
contoh pembinaan yang maju pada zaman sebelum Islam. Penulis artikel ini
menyatakan bahawa kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun Melayu ini
terserlah menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti wat dan candi iaitu
pada zaman srivijaya, funan dan champa. Manakala di Champa ia terkenal dengan
senibina sejak abad ke 4 Masihi dan ia dianggap sebagao salah satu senibina
yang tertua di dunia.
Berdasarkan artikel ini sedikit
sebanyak dapat mengetahui maklumat dan bukti yang mengatakan bahawa pada zaman
sbelum Islam juga sebenarnya wujud teknologi yang canggih dan kreatif. Kehebatan
kejuruteraan dalam ilmu sains kejuruteraan adalah sesuatu yang patut
dibanggakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)