SEBELUM ISLAM
Salam, jika kita membicangkan
mengenai teknologi Melayu pra islam maka tidak boleh tidak kita akan
memperkatakan mengenai teknologi seni bina Melayu purba pada zaman
srivijaya , funan dan champa. Kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun
Melayu ini terserlah menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti
wat dan candi. Seni bina Melayu funan sebagai contohnya dapat dilihat
manifestasinya di kemboja sekitar sebelum abad ke 7 masihi malah
menjangkau ke beberapa abad selepas itu terutamanya zaman chenla kerana
kerajaan ini adalah warisan funan juga, malah ada yang mengaggap wat
Anghkor yang terkenal tersebut sebagai benda ajaib dunia. Kerajaan
Anghkor sebenarnya adalah warisan kerajaan Chenla , kerajaan ini juga
ada hubungan politik dan intelektual dengan kerajaan Melayu Champa.
Briggs menegaskan bahawa seni
bina yang terdapat dalam tamadun Chenla dan Anghkor tiada bezanya dengan
senibina Champa dan Funan. Hubungan kerajaan Champa dengan Kambujadesa
atau Anghkor adalah sangat akrab terutama setelah kambujadesa atau
Anghkor mengalahkan Champa pada awal abad ke 13 kerana sebelum itu
Champa juga pernah mengalahkan Anghkor dan kedua dua kerjaan besar ini
merasakan bahawa mereka perlu bersatu menghadapi musuh luar iaitu Siam
bagi Angkor dan Viet bagi Champa. Kedua kerajaan ini sebenarnya pernah
bersatu mengalahkan Viet. Kedua-duanya juga akhirnya dapat dihancurkan
oleh musuh mereka iaitu Angkor oleh siam pada 1431 dan Champa oleh Viet
pada 1471.
Teknologi orang Melayu Champa
terkenal dengan senibina wat sejak abad ke 4 masihi lagi dan dianggap
sebagai salah satu senbina yang tertua di dunia. Binaan-binaan tua
tersebut kita dapat kita lihat di My son selatan Vietnam sekarang.
Kompleks wat My son mula dibina pada abad ke 4 masihi dan bertambah
bilangannya sehingga mencecah 70 buah pada abad ke 14. tetapi kini yang
tinggal hanya 20 buah sahaja setelah di bom oleh AS dalam serangan
udaranya semasa perang Vietnam. Ketinggian ilmu teknologi sains Melayu
diakui dunia menerusi wat-wat atau candi-candi Buddha zaman kerajaan
Funan dan Champa terutamanya Anghkor wat memang dipetikaikan unsur
kemelayuannya oleh sesetengah sejarawan barat dan tempatan. Namun
demikian tidak bagi sebuah lagi candi buddha iaitu Borobudur yang dibina
pada abad ke 8 pada zaman kegemilangan Srivijaya dinasti sailendra.
Binaan ini adalah 400 tahun lebih awal daripada binaan Anghkor wat.
Tidak hairanlah ada catatan daripada pengembara china sejak abad ke 9
masihi lagi bahawa maharaja china ada mengundang tukang-tukang, para
arkitek dan jurutera Melayu srivijaya bagi membangunkan dan membaiki
candi dan kuil di negara china.
Seorang lagi tokoh agung dalam
tamadun Melayu yang harus disebut adalah Maharaja srivijaya pada abad ke
11 M yang bernama Cudamanivarman yang pernah menghantar wakilnya ke
negara china pada tahun 1003 untuk menghadiahkan sebuah loceng untuk
sebuah candi buddha. Maharaja china sendiri telah menamakan loceng
tersebut sebagai kehidupan seribu tahun yang dianugerahi syurga. Pada
tahun 1079, seorang tukang rumah atau arkitek yang bernama chi lolo
telah dihantar khusus oleh maharaja srivijaya bagi membaiki kuil di sana
kemudian maharaja srivijaya tersebut iaitu Divakara telah dianugerahi
gelaran jeneral agung oleh maharaja china.
Tukang-tukang seni bina wat atau
candi Melayu bukan sahaja terkenal di china malahan juga di india dan
tentunya negara jiran kita thailand. Pada prasasti yang bertarikh 1046
M, raja chola yang bernama rajaraja I, dari india telah mencatatkan
bahawa tukang-tukang candi Melayu telah diundang ke india bagi membina
wat disana. Prasasti dari thailand turut mencatatkan pembinaan wat atau
candi oleh tukang-tukang dari langkasuka atau srivijaya. Jelas disini
bahawa kehebatan teknologi senibina Melayu adalah melangkau batas
geopolitik nusantara. Kehebatan mereka dalam ilmu sains kejuruteraan dan
arkitektual adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan jadikan
sebagai motivasi kepada anak bangsa kita pada masa kini agar
kegemilangan ketamadunan Melayu pada zaman silam dapat kita bangkitkan
semula
ULASAN
Pada zaman sebelum Islam terdapat juga kemajuan teknologi dari segi binaan misalnya di Funan, Champa dan Srivijaya. dapat dilihat kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun Melayu ini menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti wat dan candi. Sejarah mengatakan bahawa teknologi orang Melayu Champa terkenal dengan senibina wat sejak abad ke 4 masihi lagi dan dianggap sebagai salah satu senbina yang tertua di dunia. daripada artikel jelaslah menunjukkan bahawa pada zaman pra Islam lagi sudah bermulanya seni bina yang cantik dan pembuatannya yang sistematik dan menerik dilihat. jadi tidak hairanla pada zaman Islam dapat menghasilkan zaman teknologi yang lebih canggih ekoran daripada kelahiran tokoh-tokoh Islam yang berjaya seperti Al-Khawarizmi, Al-Kindi dan sebagainya. Oleh itu kehebatan mereka dalam ilmu sains kejuruteraan dan arkitektual adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan jadikan sebagai motivasi kepada anak bangsa kita pada masa kini agar kegemilangan ketamadunan Melayu pada zaman silam dapat kita bangkitkan semula.

No comments:
Post a Comment