ULASAN
Artikel ini membincangkan tentang
kemajuan teknologi dan sains pada zaman era kemodenan. artikel ini
mempersoalkan di era kemodenan atau sains Barat ini adakah teknologi dan sains
sekarang menyalahi agama Islam, ini kerana dengan teknologi ia boleh terjadinya
menyeleweng contoh dengan teknologi mushkil sekiranya ia boleh merubah ciptaan
Allah.
Yusuf Qardawi menjawab persoalan ini
dengan mengatakan sains merupakan salah satu sains agama kita sedangkan dalam
al-Quran Allah menyatakan tentang sains, dan ia adalah berdasarkan fikiran
manusia. Yusuf Qardawi menyatakan punca berlaku konflik dan penyelewengan
kerana mereka tiada kepercayaan terhadap Allah S.W.T. Menurut beliau setia
kejadian itu ada manfaatnya seperti bintang bintang yang Allah ciptakan ada
manfaatnya, dan tidak salah untuk saintis mengkaji dan ia merupakan satu ilmu
yang bermanfaat.
Sains Islam ialah sains agama dan
sains duniawi, sains Barat adalah sains pemerhatian dan pengalaman yang tidak
berasaskan sains agama. Sains Islam seperti ilmu perubatan, kejuruteraan dan
fizik adalah sains agama yang terkenal yang dikenali oleh tokoh Imam Razi. Al-Khawrizmi
dan selainnya. Oleh itu bagi Yusuf Qardawi ilmu sains dan teknologi merupakan
ilmu yang penting bagi manusia memanfaatkannya.
No comments:
Post a Comment