Tuesday 11 December 2012

محمد بن جابر بن سنان البتاني

untuk maklumat lebih lanjut sila tekan di sini





 ULASAN



Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harrani. Menurut sumber sejarah beliau dilahirkan pada 858 Masihi di Negeri Harran dan menurut sumber lain tempat kelahirannya adalah di Battan, salah satu negeri di Harran. Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn San’an yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamann Beliau kemudiannya berhijrah ke Raqqa yang terletak di tebing Sungai Euphrates dan mendapat pendidikan lanjut dan mendapat kesarjanaan dalam bidang tersebut. Pada abad ke 9, beliau berhijrah pula ke Samarra dan bekerja di sana sehinggalah ke akhir hayat beliau iaitu pada 929 Masihi. Pada asalnya beliau ialah seorang Sabian (penyembah Bintang) dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Beliau merupakan seorang ahli Astronomi, dan bukan itu sahaja bidang beliau. Selain daripada itu beliau juga merupakan seorang ahli kejuruteraan dan geografi dalam dunia Islam. Antara sumbangan beliau, beliau telah membina sebuah cerap atau dikenali sebagai balai di Baghdad dan beliau telah menyediakan satu balai cerap astronomi bagi memudahkan beliau memulakan gerak kerja.

Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus. Beliau meninggal dunia di Istana berhampiran Sammara pada 929 Masihi.

No comments:

Post a Comment