Oleh Mohd Faizal Aziz
Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955) pernah mengungkapkan bahawa 'imaginasi lebih utama berbanding pengetahuan'. Imaginasi atau pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia tanpa melakukan sebarang eksperimen pun di dalam makmal. Sehingga kini idea-idea dan imaginasi Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains teknologi serta kehidupan manusia moden. Teori-teori fizik yang dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ia telah diperkenalkan lebih 100 tahun dahulu oleh Einstein.
Dunia sains dan teknologi kini begitu hangat memperkatakan tentang nanoteknologi. Nanoteknologi merupakan satu bidang yang mengkaji benda yang sangat halus dan tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Nanoteknologi juga adalah satu bidang sains untuk mengkaji perilaku zarah-zarah dan susunan molekul bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia.
Untuk mengkaji dan melakukan eksperimen dalam bidang nanoteknologi, saintis menggunakan mikroskop berkuasa tinggi supaya dapat melihat struktur-struktur kecil sehingga mencapai skala nanometer iaitu satu per bilion meter. Idea nanoteknologi ini muncul apabila seorang saintis fizik di California Institute of Technology, Caltech, Amerika Syarikat, Profesor Richard Feynman (1918-1988 ) berimaginasi untuk melihat mesin-mesin kecil bersaiz nano berfungsi seperti apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada tahun 1959 Beliau membentangkan satu kertas kerja yang berjudul There is Plenty of Room at the Bottom yang mengemukakan idea mengenai nanoteknologi. Pada waktu itu tiada seorang pun yang pernah membayangkan idea seperti beliau. Idea Feynman diteruskan pula oleh seorang lagi saintis iaitu K.Erik Drexler yang menulis sebuah buku penting mengenai gagasan nanoteknologi iaitu Engine of Creation pada tahun 1986 selepas seorang saintis Jepun Norio Taniguchi (1974) mempopularkan istilah nanoteknologi bagi kajian dan proses yang menggunakan alat dengan saiz kurang daripada satu mikrometer iaitu satu persejuta meter.
Pada hari ini, idea dan imaginasi beliau hampir menjadi kenyataan bahkan ada sebilangan besar produk sudah dikategorikan sebagai produk nanoteknologi. Antaranya ialah tiub nano karbon, solar sel nano, tabir matahari (sun screen) , bahan kimia yang digunakan untuk membuat cat yang lebih tahan lama, fabrik pakaian yang boleh mencuci kotoran sendiri (self cleaning fabric) dan sebagainya.
Sekarang kita banyak menggunakan internet. Hampir seluruh manusia di dunia ini menggunakan kemudahan internet pada hari ini. Tidak memiliki sambungan internet dianggap ketinggalan zaman. Tahukah anda bagaimana teknologi internet mula-mula tercipta. Sewaktu Perang Dunia ke-2, saintis komputer membayangkan sekiranya mereka dapat menyambung beberapa komputer yang lain untuk memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Projek menghubungkan rangkaian komputer tersebut adalah untuk kegunaan tentera Amerika yang dikenali dengan istilah ARPANET. Setelah saintis-saintis tersebut berjaya menghubungkan komputer dengan jumlah yang banyak antara satu sama lain, mereka melihat potensi besar yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai melalui penemuan tersebut. Akhirnya projek ARPANET dibubarkan dan rangkaian komputer bertambah dari semasa ke semasa bermula di universiti-universiti di Amerika dan kemudianya merebak ke Eropah seterusnya ke seluruh dunia. Bermula di saat itu ia dikenali dengan istilah INTERNET seperti yang kita nikmati pada hari ini.
Boleh dikatakan setiap orang pada hari ini memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pertama yang dikenali sebagai telefon selular mula digunakan pada tahun 1973 di Manhattan Amerika Syarikat. Ia dibangunkan oleh penyelidik di Motorola yang kemudiannya bergabung dengan rakan seangkatannya di syarikat telekomunikasi terkenal AT&T untuk meningkatkan prestasi telefon selular tersebut. Idea awal ciptaan telefon bimbit ialah untuk memudahkan komunikasi dan bebas bergerak untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Martin Cooper dari Motorola membayangkan bagaimana sekiranya manusia dapat membawa telefon yang ringan ke mana sahaja mereka pergi dan senang dihubungi. Dengan itu terciptalah telefon bimbit.
Pada hari ini telefon bimbit menjadi keperluan yang sangat penting. Fungsi-fungsinya juga bertambah setiap kali diperkenalkan model baru seiring dengan kepantasan perkembangan teknologi. Terbaru pengeluar telefon bimbit tersohor di dunia memperkenalkan konsep baru telefon dan gajet masa depan yang dikenali sebagai morph. Konsep morph untuk keluaran produk gajet digital Nokia masa depan merupakan gabungan seni dan teknologi yang elegan yang menggunakan nanoteknologi sebagai asas pembuatannya. Menurut saintis yang terlibat dalam projek Morph-Nokia ini, suatu hari nanti pengguna berupaya mengubah gajet mereka menjadi bentuk-bentuk yang diminati secara mudah seperti robot-robot dalam filem transformer. Konsep Morph pada telefon bimbit Nokia terbaru menggunakan aplikasi teknologi nano meliputi ciri-ciri kebolehlenturan, elektronik transparen, kemampuan pembersihan sendiri (self cleaning), menggunakan tenaga solar dan antaramukanya (interface) yang canggih. Idea teknologi futuristik ini dikemukakan oleh penyelidik dari Nokia Research Centre dengan kerjasama Cambridge Nanoscience Centre, Universiti Cambridge, United Kingdom.
Banyak lagi contoh-contoh lain kemajuan sains dan teknologi seperti dunia robotik, teknologi satelit, angkasalepas, perubatan, komputer dan sebagainya muncul hasil daripada sains yang diasaskan oleh imaginasi dan wawasan para saintis dan penyelidik yang berfikir jauh ke hadapan. Pemikiran sains masa depan atau futuristik ini merupakan elemen yang sangat penting untuk melahirkan golongan sainis dan pencipta teknologi. Tepatlah seperti ungkapan Einstein ’ imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan’.
ULASAN
Artikel ini membincangkan tentang
tenknologi pada zaman sebelum Islam atau lebih dikenali sebagai zaman Pra
Islam. Ramai yang mengatakan pada zaman sebelum Islam tiada kemajuan tentang
teknologi contoh dilihat dari segi pembinaan pada zaman pra Islam dahulu. Artikel
ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat tidak
benar sama sekali.
Dapat dilihat artikel ini banyak member
contoh pembinaan yang maju pada zaman sebelum Islam. Penulis artikel ini
menyatakan bahawa kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun Melayu ini
terserlah menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti wat dan candi iaitu
pada zaman srivijaya, funan dan champa. Manakala di Champa ia terkenal dengan
senibina sejak abad ke 4 Masihi dan ia dianggap sebagao salah satu senibina
yang tertua di dunia.
Berdasarkan artikel ini sedikit
sebanyak dapat mengetahui maklumat dan bukti yang mengatakan bahawa pada zaman
sbelum Islam juga sebenarnya wujud teknologi yang canggih dan kreatif. Kehebatan
kejuruteraan dalam ilmu sains kejuruteraan adalah sesuatu yang patut
dibanggakan.
No comments:
Post a Comment