Saturday, 22 December 2012

Perkembangan dan Pengaruh Sains dan Teknologi dalam Islam

Pada abad ke-8 hingga abad ke-12 M, umat Islam berada pada zaman kejayaannya, zaman dimana sains, teknologi dan peradaban Islam berkembang pesat mencapai puncaknya. Pada saat itu umat Islam menjadi pemimpin dunia karena pergumulannya dengan ilmu dan filsafat yang mereka tekuni, terutama ilmu-ilmu murni (natural sciences). Pada masa ini muncul tokoh-tokoh dan ilmuwan yang sangat aktif dan handal, sebut saja misalnya: Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Al-Razi, Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Ghazali, dan lain-lainnya. Para ilmuwan tersebut oleh Sayyed Hossein Nasr (1970) disebut sebagai figur-figur universal ilmu pengetahuan Islam.

Pada abad ke 14 M, diawali oleh lepasnya ilmu-ilmu alam (matematika, fisika, biologi)yang dimotori oleh Copernicus (1473-1543), Versalinus (1514-1564) dan Issac Newton (1642-1727) ilmu pengetahuan mulai tercerabut dari akar filosofisnya. Khususnya perkembangan ini semakin mencapai bentuknya secara definitif saat Aguguste Comte (1798-1857) dengan grand theory-nya menetapkan bahwa perkembangan berfikir manusia dan masyarakat akan mencapai puncaknya pada tahap positif, setelah melampaui tahap teologik dan metafisik.

Perkembangan ilmu pengetahuan (sains) di akhir abad ke-16 telah menciptakan persepsi masyarakat Barat berbeda dari masa-masa perintisannya di Yunani. Sebab, jika sains tidak lain adalah “anak kandung” filsafat, maka tradisi ilmiah dalam kehidupan masyarakat Barat modern tidak lainmerupakan kelanjutan dari perjalanan panjang tradisi Yunani Kuno.

Sampai memasuki abad ke 20 M, “revolusi” sains dan teknologi di Barat masih terus berlangsung, berbagai penemuan telah merombak teori-teori yang sudah mapan sebelumnya. Etos dan cara pandang Barat modern telah menumbuhkan optimisme terhadap sains dan teknologi dalam meningkatkan fasilitas hidup, namun juga pesimisme terhadap dampak negatif yang ditimbulkannya juga semakin nyata. Pesimisme itu bukan saja telah menghantui para konsumen beserta lingkungannya, tetapi terutama kepada masyarakat Barat sendiri sebagai produsen utamanya.

Namun pada akhir abad ke -20 M, etos keilmuan dengan cara pandang seperti itu mulai diharapkan pada kecenderungan baru yang lebih memperhatikan dunia spiritual (moral, etika, dan peradaban). Dan melalui argumen-argumen filosofis dan penemuan mutakhir tentang sains dan teknologi, berfikir dikotomis tentang moral (agama) dan sains (termasuk teknologi) memang sudah saatnya dikoreksi kembali.

Sejak masuknya teknologi Barat ke Dunia Ketiga bersama-sama slogan saintifik yang dibawanya, masyarakat Dunia Ketiga yang sekian lama terjajah itu mula mendapat satu formula ajaib yang dianggap dapat membebaskan diri mereka daripada belenggu penjajahan yang sebenarnya. Kebebasan ini dianggap sebagai satu kebebasan yang mutlak dan sangat perlu walaupun terpaksa mengorbankan begitu banyak sumber asli yang sekian lama terpendam dalam perut bumi negara masing-masing. Walaupun harga yang perlu dibayar bagi mendapatkan hasil teknologi ini begitu tinggi namun mereka menganggapnya satu kemestian yang tidak dapat dikesampingkan. Umumnya Dunia Ketiga mendapat hasil teknologi tersebut untuk kemudahan pengangkutan, ketenteraan, kejuruteraan, pembangunan dan sebagainya, namun mereka tidak mendapat ilmu yang sangat diperlukan untuk ‘maju’ dan ‘membangun’ itu. Mereka hidup seperti kanak-kanak yang hanya menggunakan permainan dan tidak tahu asal-usul kemunculan barang-barang permainan itu. Nasib mereka, walau bagaimanapun, lebih baik daripada kanak-kanak karena mereka dapat menukar barang-barang yang diperlukan dengan hasil bumi yang terdapat di negara masing-masing.
Dunia Ketiga merupakan medan sejarah pembangunan dan penjajahan kuasa Barat. Dari satu segi, pemerintahan Dunia Ketiga tidak pernah bebas dari campur tangan kuasa-kuasa Barat. Hampir kebanyakan bumi Dunia Ketiga menerima dampak Peperangan Dunia I dan II; dampak yang tidak diminta atau diingini oleh dunia ketiga sendiri. Kedua peperangan ini meninggalkan dampak zahir dan batin ke atas diri Dunia Ketiga umumnya. Kecuali kenaikan harga getah, peperangan tersebut meninggalkan dampak ekonomi yang buruk ke atas kebanyakan negara Dunia Ketiga dan secara tidak langsung berkaitan dengan dampak psikologi yang terus melukakan fikiran dan sekaligus menguasai pandangan serta pendapat kebanyakan manusia yang tinggal dalam Dunia Ketiga. Dampak di dalam bentuk lanjutan daripada penjajahan menyuburkan dampak psikologi masyarakat Dunia Ketiga.

Dalam situasi begini negara-negara Islam dihimpit dengan sekuat-kuatnya untuk berubah dan maju supaya dapat mengikut arus pengaliran masa dan kehendak antarabangsa yang telah dijalin dan diwarnai dengan kemahuan prinsip, pandangan hidup dan mahukan hasil yang sedia disuratkan oleh kuasa-kuasa besar itu.
Di antara kemenangan psikologi akibat sejarah kebangkitan teknologi dan sains, juga akibat peperangan bahwa sains dan teknologi memudahkan kehidupan manusia, muncul komplot memperalatkan sains dan teknologi untuk mendapatkan keuntungan besar. Secara mudah dapat dikatakan bahawa ekonomi dan menguasai sains dan teknologi semua pilihan pembangunannya. Pernytaaan ini yang jarang disadari oleh masyarakat umum dan sebahagian daripada golongan intelek Dunia Ketiga, menjelaskan mengapa sains dan teknologi secara psikologi terus-menerus dianggap satu hakikat mutlak yang sekaligus merupakan hakikat kenbenaran dan juga hakikat kenyataan.

Pola penerimaan sains dan teknologi tanpa penilaian serta penapisan yang wajar dapat dilihat dalam ‘desakan’ mengikuti aliran sains di sekolah-sekolah di negara-negara Islam pada tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Kebanyakan murid yang dianggap cerdik dinasihatkan seberapa yang boleh mengikuti aliran sains. Di samping lain-lain dampak yang diterima dan ditanggung oleh kanak-kanak tersebut, universiti-universiti di seluruh negara Islam dibanjiri oleh penuntut-penuntut aliran sains yang umumnya mempercayai bahawa mereka telah dialirkan ke dalam jurusan yang mulia, kukuh benar dan membanggakan. Pelajar-pelajar aliran sastera dibiarkan ‘terbeku’ dengan kursus-kursus yang lapuk, dan sekadar mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja umum pentadbiran manakala pelajar-pelajar aliran sains hanya didedahkan kepada prinsip-prinsip sains seperti amalan negara maju tanpa mengetahui falsafah dan had batasan akan apa yang mereka pelajari itu. Akirnya negara-negara Islam dibanjiri ahli-ahli sains yang mngajar bidang fisika, kimia, biologit dan matematika, sedangkan tidak terdapat ahli akademik yang mencukupi untuk mengajar falsafah sains, falsafah Barat, falsafah umum dan juga falsafah Islam atau falsafah agama iaitu bidang yang dapat memberi imbanagan di dalam desakan pemujaan terhadap sains dan teknologi.

Selain daripada percobaan yang dibuat oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Redha, Muhammad Iqbal dan Sayyid Ahmad Khan, (semua tokoh ini pernah dikritik oleh Maryam Jameelah. Rujuk bukunya Islam and Modernism dan Islam and Orientalism dan lain-lain. – pent.) boleh dikatakan gerakan menghidupkan kembali sains Islam hampir-hampir sepi hingga saat ini. Mereka umumnya masih terikat kepada rangka pemikiran yang disedut falsafah sains barat. Ketajaman Syed Qutb, al-Bahi dan Mahmud al-Aqqad juga tidak dapat melintasi tembok kokoh sains dan falsafah Barat.

Pada masa ini banyak pula sarjana Islam membicarakan program bagi mewujudkan sains Islam yang sebenarnya bukan saja untuk masa ini tetapi juga untuk masa akan datang. Kebanyakan mereka lebih mementingkan program tindakan yang aktif walaupun isi kandungan konsep sains dan teknologi yang ingin diketengahkan belum ada. Di samping menerima bahan yang ingin dipersembahkan oleh golongan ini, kami ingin menyebut dua nama utama dalam kesarjanaan Islam masa ini yang memeberikan sumbangan iaitu Prof. Seyyed Hossein Nasr dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan tokoh ilmuwan mutakhir yang mengupas semula definisi penting keilmuan Islam berdasarkan metafisik Sufisme yang tidak dapat tidak berlandaskan al-Qur’an dan Hadith Nabi (s.a.w.). Beberapa definisi ilmu dan ‘al-mithaq’ atau pensaksian azali arwah bani Adam dengan Tuhannya telah dibincangkan oleh tokoh ahli Sufi yang terkenal pada zaman dahulu seperti Junayd alBaghdadi dan Abu Ali Uthman al-Hujwiri. Apa yang penting dalam penulisan Prof. Naquib ialah menyusun semula definisi dan rangka konsep yang tersedia ada ke dalam bentuk yang lebih tersusun dan berkaitan di antara konsep-konsep tersebut dengan pandangan hidup Islam amnya. Beliau merupakan tokoh yang awal sekali membedakan prinsip-prinsip dan definisi asas yang membedakan sekularisme Barat dengan pandangan Islam tentang konsep ilmu dan cabang-cabang serta kaedah keilmuannya. Beliau juga tokoh awal sezaman yang membicarakan peranan Islam dalam pembentukan tamadun budaya bangsa yand didatanginya.

Seyyed Hossein Nasr merupakan tokoh awal menulis tentang falsafah dan sains Islam dengan memperkenalkan rangka keilmuan, kaedah serta pandangan hidup. Beliau juga memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam yang besar seperti Ikwan al-Safa, al-Biruni dan Ibn Sina, Ibn Arabi, Suhrawardi dan Mulla Sadra kepada dunia akademik Barat dan Timur. Dr. Nasr telah memperkenalkan mereka menurut tradisi falsafah Islam serta doktrin ciri dan sifat keilmuan tokoh-tokoh ini. Beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang membicarakan secara mendalam tentang ‘ilmu kudus’ yang senantiasa menjadi asas kepada reality manusia secara universal. Dr. Nasr juga banyak menulis tentang kesenian dan kesasteraan Islam serta perbandingan agama. Beliau merupakan tokoh awal yang menunjukkan bahawa tradisi falsafah Islam tidak terhenti pada Ibn Rushd tetapi bersambung di dunia timur Islam dengan Sayyid Haidar Amuli, Suhrawardi dan Mulla Sadra. Dalam bidang sains dan falsafah sains beliau menunjukkan bahawa Islam menerusi tamadunnya melahirkan sainsnya sendiri yang mempunyai dan sifatnya yang tersendiri dan mampu memasukkan nilai-nilai serta kaedah yang sesuai dan serasi daripada tamadun lain. Dr. Nasr melebihi tokoh-tokoh lain dan merupakan sumber rujukan bagi mereka yang membicarakan sejarah sains Islam. Beliau merupakan tokoh awal Islam yang mengkritik kemajuan sains Barat yang telah mendatangkan masalah ekologi, krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan. Semua ini dilihat daripada sudut pandangan Islam, sufisme dan agama umumnya.


                                                         ULASAN

Artikel ini membincangkan pengaliran sains dan perkembangan dari semasa ke semasa berdasarkan pendapat tokoh-tokoh ilmuwan Islam seperti Naquib al-Attas dan sebagainya. Artikel ini menceritakan bagaimana mula perkembangan sains dan teknologi dari abad ke8 hingga dunia ketiga. ini kerana terdapat aliran sains dan teknologi dari barat yang memperngaruhi sains dan teknologi pada Dunia Ketiga.


Dunia Ketiga merupakan medan sejarah pembangunan dan penjajahan kuasa Barat. Dari satu segi, pemerintahan Dunia Ketiga tidak pernah bebas dari campur tangan kuasa-kuasa Barat. Hampir kebanyakan bumi Dunia Ketiga menerima dampak Peperangan Dunia I dan II; dampak yang tidak diminta atau diingini oleh dunia ketiga sendiri. Kedua peperangan ini meninggalkan dampak zahir dan batin ke atas diri Dunia Ketiga umumnya. Kecuali kenaikan harga getah, peperangan tersebut meninggalkan dampak ekonomi yang buruk ke atas kebanyakan negara Dunia Ketiga dan secara tidak langsung berkaitan dengan dampak psikologi yang terus melukakan fikiran dan sekaligus menguasai pandangan serta pendapat kebanyakan manusia yang tinggal dalam Dunia Ketiga. Dampak di dalam bentuk lanjutan daripada penjajahan menyuburkan dampak psikologi masyarakat Dunia Ketiga.

No comments:

Post a Comment